Assalamulaikum dan Selamat Datang ke laman blog Pejabat Agama Islam Daerah Parit Buntar. Saya amat mengalu-alukan anda untuk melayari blog Pejabat Agama yang terbaru ini. Pejabat Agama Islam Daerah Parit Buntar merupakan sebuah pejabat yang menjaga kepentingan umat islam dalam kehidupan harian. Sejajar dengan hasrat untuk menjadikan Pejabat Agama Islam yang treunggul dan komited untuk melaksanakan perkhidmatan secara proaktif, kreatif dan inovatif bagi keselamatan, keselesaan dan kepuasan pelanggan dengan memberi penekanan kepada jangka masa secepat mungkin dan mutu yang terbaik.
Sebahagian daripada usaha Pejabat ini adalah tujuan kearah mewujudkan pengurusan kualiti menyeluruh di dalam Jabatan ini dan untuk menjadikan IT sebagai budaya kerja untuk meningkatkan produktiviti, dan kualiti , melalui blog ini juga pejabat ini dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan hati pelanggan melalui penggunaan internet.
Blog ini juga mengadakan ruangan untuk pihak pelanggan serta warga Pejabat Agama untuk mengemukakan cadangan dalam penambahbaikan laman ini dan juga perkhidmatan yang diberikan .
mengalukan apa-apa cadangan yang dikemukakan .
sekian Terima Kasih.
HAJI TARMIZI BIN SAHARI
Pegawai Tadbir Agama Islam
Daerah Parit Buntar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan