Selasa, 10 Jun 2014

LOKASI DAN SEJARAH PERKEMBANGAN PEJABAT AGAMA DAERAH PARIT BUNTAR.

LOKASI. Pejabat Pentadbiran Agama Daerah Parit Buntar terletak di JKR 1540N, Jalan Persiaran, Taman Persiaran, Taman Kerian Permai, 34200 Parit Buntar. Pada awal penubuhan agensi ini, ia terletak di Simpang Lima Parit Buntar. Iaitu sekitar tahun 1928. Kemudiaannya, ia beroperasi lokasi yang kedua iaitu di Jalan Taiping Parit Buntar bemula tahun 1969 sehingga tahun 2004. Kedudukan lokasi sekarang berada dikawasan yang agak terpencil kerana ia berada di dalam kawasan taman- taman perumahan. Walaubagaimanapun, kedudukan bangunan ini tidaklah susah untuk dicari kerana ia masih di dalam kawasan pekan Parit Buntar. SEJARAH PERKEMBANGAN AGENSI. Pengurusan Pentadbiran Agama Islam di Daerah Kerian bermula dengan terdirinya pejabat Kadhi Kerian di Simpang Lima Parit Buntar pada tahun 1928. Pentadbiran ketika itu diketuai oleh Tuan Syed Muhammad b. Syed Alwi. Gelaran jawatan beliau ketika itu ialah Kadhi Kerian. Pada tahun 1969, Pentadbiran Pejabat Agama Daerah Kerian telah pun dibahagikan kepada 2 daerah pentadbiran iaitu Pejabat Kadhi Daerah Parit Buntar dan Pejabat Kadhi Daerah Bagan Serai. Berikutan dengan pembahagian tersebut, lokasi Pejabat Kadhi Parit Buntar, telah pun dipindahkan ke tempat asalnya ke Jalan Taiping, Parit Buntar. Anggota pentadbiran dan pengurusan ketika itu terdiri daripada seorang kadhi, kerani dan pembantu am rendah bagi menguruskan Hal Ehwal Orang Islam di Daerah Parit Buntar. Sehingga kini seramai 15 orang Kadhi dan Pegawai Tadbir Agama telah pun ditempatkan disini. Sementara kawasan naib kadhi ( Penolong Pendaftar Nikah Cerai Rujuk) sebanyak 4 orang naib kadhi mewakili 4 mukim iaitu Parit Buntar, Bagan Tiang, Tanjung Piandang dan Kuala Kurau. Pada 12 April 2004, pentadbiran pejabat ini telah berpindah dan beroperasi di bangunan baru di JKR 1540N, Jalan Persiaran, Taman Persiaran, Taman Kerian Permai, 34200 Parit Buntar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan